
Pada dua minggu yang berikutnya merupakan minggu terakhirku di Sekolah Islam Adni. Sungguh sedih mengenangkan perpisahan ini, lebih-lebih lagi sekolah tersebut menjadi tempat pertamaku memerah keringat serta karenah murid-murid sekolah rendah yang adakalanya menggugat kesabaranku, menggelikan hatiku, dan sentiasa kekal di mindaku selamanya. Maafkan ustaz anak didikku, semoga kalian berjaya di dunia & akhirat serta dalam lindungan Allah s

Sebelum berpisah, aku telah diamanahkan guru besar untuk menyiapkan tugasan terakhirku menanda 8 set kertas peperiksaan murid-muridku. Alhamdulillah, pada sebelah malam jumaat itu aku berjaya melunaskannya dengan bantuan ibuku, terima kasih mak. Pada pagi sabtu itu, aku menghantar keputusan peperiksaan tadi kepada koordinatorku di sekolah.
Selesai sahaja tugasan terakhirku, aku bergegas pula bersama ayah dan ibuku ke Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia Beranang untuk menghadiri Ujian Personaliti bagi jawatan guru/pensyarah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA. Semoga dengan laluan berliku yang ku lalui sebelum tiba di sana, diganjari Allah dengan berita yang menggembirakan, InshaAllah...Ameen.
Keesoka

Setelah tiba di Kuala Lumpur pada hari Khamis, yang bermain di fikiran adalah untuk berusaha mencari pekerjaan tetap secepatnya, aku berazam masa lapang yang ada ketika ini akan ku gunakan untuk mempersiapkan diri bagi menempuhi ujian yang seterusnya, semoga dipermudahkan Allah, InshaAllah...ameen.