Wednesday, November 3, 2010

Hukum menyambut Halloween

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19.

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

Akhir kata

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”
(Al-Ghafir ayat 39)

Sumber: http://dakwah.org/blog/?p=279

Tuesday, November 2, 2010

Facebook cuba menghalalkan tilikan nasib & ramalan

Sehari dua ini, aku amat tertarik untuk berkongsi satu isu dari status Facebook kepunyaan ustaz Tilawahku semasa di UIAM iaitu Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim. Status tersebut berbunyi begini: "JANGAN PERCAYA RAMALAN TAHI LALAT..TARIKH LAHIR & SEBAGAINYA DALAM FB..BERSEPAH MACAM SAMPAH..".

Sekali imbas, dalam era pembangunan teknologi yang semakin pesat, pelbagai kemudahan jaringan sosial yang disediakan buat tatapan jutaan pengguna internet seperti Facebook, Twiter, Myspace, Friendster dsb. Disebalik jaringan sosial ini pula, terselindung di belakangnya aplikasi-aplikasi yang dapat menghiburkan si penggunanya. Ini termasuklah aplikasi meramal peribadi atau kehidupan seseorang yang secara sedar atau tidak mampu mengugat akidah seorang Islam.

Memang benar kebanyakan pengguna hanya berniat suka-suka bagi menghilangkan kebosanan, dirangsang oleh sifat ingin tahu dan sekadar cuba-cuba akan tetapi sesuatu yang melibatkan akidah bukan boleh dibuat permainan. Ini komen ustazku: "Nak buat main2, suka2 shj?ini isu akidah..jangan bermain api..".

Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran yang dikeluarkan oleh ustazku yang menunjukkan dengan jelas larangan sebarang aktiviti penilikan atau ramalan:

al-An'am[6.59] Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Al-A'raf[7.188] Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

al-Naml[27.65]Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

Luqman[31.34] Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

al-Jinn[72.26] "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, - [72.27] "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

Sebagai kesimpulannya disini, umat Islam akhir zaman diuji dengan pelbagai dugaan, seiring dengan tahap kemajuan mereka. Oleh itu, marilah kita hindari segala macam bentuk aktiviti & teknologi sebegini pada masa akan datang yang menjadi jarum halus Yahudi, Nasrani & pengikutnya. Buangkanlah sejauh-jauhnya keinginan dan niat sekadar suka-suka, kerana implikasinya terhadap akidah amat merbahaya walaupun kita tidak mempercayainya. Sebarkanlah kepada rakan-rakan yang mungkin belum menyedarinya dan ingatlah bahawasanya segala yang ada di langit dan bumi semuanya hanya dalam pengetahuan Allah yang maha Esa. Sebagai manusia pilihan berada di tangan kita, buatlah keputusan yang tepat berlandaskan syariat Islam.

Sunday, October 17, 2010

Kemana pula selepas konvo?...

Alhamdulillah dalam sedar atau tidak, telah sebulan berlalunya majlis konvokesyenku di UIAM, tetapi suasana itu bagaikan belum lagi berakhir. Pada hari itu kurasakan perasaan yang bercampur baur; gembira, teruja, terharu, puas, sedih dan sebagainya. Inilah yang dinamakan nikmat yang berjaya dituai setelah 6 tahun berhempas pulas mengejar ilmu.

Pada dua minggu yang berikutnya merupakan minggu terakhirku di Sekolah Islam Adni. Sungguh sedih mengenangkan perpisahan ini, lebih-lebih lagi sekolah tersebut menjadi tempat pertamaku memerah keringat serta karenah murid-murid sekolah rendah yang adakalanya menggugat kesabaranku, menggelikan hatiku, dan sentiasa kekal di mindaku selamanya. Maafkan ustaz anak didikku, semoga kalian berjaya di dunia & akhirat serta dalam lindungan Allah selamanya.

Sebelum berpisah, aku telah diamanahkan guru besar untuk menyiapkan tugasan terakhirku menanda 8 set kertas peperiksaan murid-muridku. Alhamdulillah, pada sebelah malam jumaat itu aku berjaya melunaskannya dengan bantuan ibuku, terima kasih mak. Pada pagi sabtu itu, aku menghantar keputusan peperiksaan tadi kepada koordinatorku di sekolah.

Selesai sahaja tugasan terakhirku, aku bergegas pula bersama ayah dan ibuku ke Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia Beranang untuk menghadiri Ujian Personaliti bagi jawatan guru/pensyarah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA. Semoga dengan laluan berliku yang ku lalui sebelum tiba di sana, diganjari Allah dengan berita yang menggembirakan, InshaAllah...Ameen.

Keesokannya pula, aku terpaksa bertolak ke Kelantan untuk menghadiri pemilihan dan temuduga Pegawai Graduan bagi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu. Akan tetapi keberadaan aku disini hanya mampu bertahan sehingga hari rabu sahaja. Ini memandangkan aku hanyalah seorang insan yang "istimewa", aku akur kerana aku mempunyai Cleft Lip dan pernah menjalani pembedahan. Aku redha ini bukan rezekiku & bersyukur kerana mungkin juga Allah mahu memeliharaku dari tanggungjawab yang tak mampu ku pikul jika ku terpilih sekalipun. Walaubagaimanapun, pengalaman disini tidak akan ku lupakan.

Setelah tiba di Kuala Lumpur pada hari Khamis, yang bermain di fikiran adalah untuk berusaha mencari pekerjaan tetap secepatnya, aku berazam masa lapang yang ada ketika ini akan ku gunakan untuk mempersiapkan diri bagi menempuhi ujian yang seterusnya, semoga dipermudahkan Allah, InshaAllah...ameen.

Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Source: http://lirik.kapanlagi.com

Cari Jodoh

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Source: http://lirik.kapanlagi.com

Baik Baik Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff

Source: http://lirik.kapanlagi.com

Thursday, September 23, 2010

Aku kembali...

Akhirnya setelah hampir 2 bulan, aku terasa untuk mengarang semula. Lama juga aku menyepi, hendak katakan aku terlalu sibuk, lebih kurang sahaja sibuknya seperti sebelum ini.

Bulan Ogos yang lepas umat Islam tekun melaksanakan 'ibadah puasa di bulan Ramadhan, bulan ini Eid Fitri pula disambut menandakan kemenangan dalam melawan hawa nafsu. Semoga tarbiah yang dinikmati sepanjang madrasah Ramadhan, berjaya membentuk insan yang ikhlas kepada Penciptanya, Allah Azzawajalla.

Bulan September ini juga, tamatlah kontrak ku sebagai seorang guru di Sekolah Islam Adni pada 30 September 2010. Dikala aku meluncurkan tanganku di atas papan kekunci laptop ini, aku masih diserang seribu satu rasa bersalah, perlukah aku untuk memperbaharui kontrak ku setidak-tidaknya sehingga hujung tahun ini? Ini bermakna aku terpaksa meneruskan khidmat ku 3 bulan lagi.

Bulan Oktober pula, 3 Oktober merupakan hari bersejarah dalam hidupku kerana Majlis Konvokesyen yang ke-26 bakal berlangsung di UIAM setelah 6 tahun ku mengharungi jerih payah menimba setitis ilmu di Pusat Matrikulasi dan Kampus Utama, Gombak. Ini ucapanku buat mereka yang ku sayangi: "Emak ayah..ini sahaja buah tangan yang dapat ku berikan ketika ini, moga terubat penat lelah kalian membesarkan diri ini selama 24 tahun, InshaAllah setelah kejayaan ini kan ku pahatkan keazaman untuk terus membahagiakan kalian selamanya".

Semoga selepas Majlis Konvokesyen ini, akan hadirnya sinar harapan buatku untuk memperoleh kerja yang tetap, secara langsung untuk merancang menuntut bahasa Arab di luar dan seterusnya menyambung pengajianku di peringkat Master. Bagaimana pula soal perkahwinan? kurasakan tika ini, terpaksa ku lontarkan jauh dari hatiku, biarpun rakan-rakan ramai yang mula menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Cukuplah kesilapan 4,5 tahun yang ku lepaskan sebelum ini, sebagai galang gantinya 4,5 tahun mendatang harus ku tebus dengan berbakti kepada agama yang ku cintai. Ya Allah ya tuhanku, bawalah aku sentiasa bersamamu, sentiasa mentaatimu, mengamalkan setiap tuntutan yang termaktub di dalam kitabMu, Al-Quran dan Sunnah kekasihmu, inshaAllah...ameen.