Alhamdulillah, semenjak mendapat siaran TV Al-Hijrah ni macam-macam pengisian baru yang boleh dijadikan alternatif bagi mengimbangi hiburan daripada media perdana yang lain bersesuaian dengan slogan yang mereka uar-uarkan "Segalanya bermula di sini".
Antaranya rancangan adalah seperti Dikir Zikir, memang satu konsep hiburan yang agak berlainan dan mampu menarik minat masyarakat. Di samping kita berhibur, kita juga diselitkan topik mingguan yang saya kira satu selingan yang baik. Secara keseluruhannya, hiburan Islam ni luas. Jika sesuai dengan caranya mampu memetik hati-hati insani untuk mendekatinya.
Untuk bondaku, inilah lagu yang paling mak suka dalam rancangan ni. Tajuknya "Kamarresyah" yang bermaksud seperti petikan gambus. Buat sahabat-sahabat pembaca mari dengarkan dendangan qasidah ini. Subhanallah, merdunya suara Syed Alwi Mustafa bersama para penasyid yang lain. InsyaAllah, moga rancangan Dikir Zikir ini dapat diteruskan ke musim-musim yang mendatang.
Kamarresyah (Seperti Petikan Gambus)
(V1) KAMARREYSHEH YA THEYRI YA DHAWI Seperti petikan gambus Wahai burung yang berterbangan
ILA 'ISSHAK QULLI MATA BADHWI Ke arah duniamu Katakan padaku bila pula ku kan terbang
WANA 'USSHI MALLAYT SHUFNA Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi
HAZIHIL 'EISYEH Kehidupan ini
QALBI MINAL FURQAAH Hatiku berbelah bagi
(V2) KAMARREYSHEH TESRAH WA TADHWI Seperti petikan gambus Kau terbang dan pergi
WANTA FI ARDHAK YA REYTANI MITSLAK Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberi keizinan untuk menjadi tetamu di dalam Ramadhan yang mulia ini.
Baru-baru ini berkesempatan menjalani 'ibadah Solat Tarawih dan sedikit tazkirah untuk pengisian rohani di dalam bulan Ramadhan. Antara pengisian yang dapat diambil, alangkah sedihnya mengenangkan tahap kesensitifian umat Islam khususnya di Malaysia. Pada malam Ramadhan yang sepatutnya diisi dengan 'ibadah akan tetapi dihidangkan pula dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Harimau Malaya Malaysia, Arsenal dan Manchester City.
Itu baru di dalam negara, di luarnya tampak lebih gah dan berbangga dengan pembukaan Sukan Olimpik London 2012. Disebalik penganjuran dan pembukaan sukan, terdapat pelbagai teori dan konspirasi bagi melemahkan umat Islam di dalam bulan Ramadhan. Tanpa kita sedari, dalam kesibukan temasya sukan itu berlangsung, rakan-rakan seIslam kita di Burma terus menerus diganyang, dibuang dan dinafikan hak mereka. Dunia dilihat seolah-olah memejam mata seperti tiada apa yang berlaku dan perlu dirisaukan. Di samping itu, nasib umat Islam di Syria masih terus bergolak, begitu juga di Palestin yang masih belum berkesudahan. Semoga dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini, memberi sinar harapan buat saudara kita di seluruh dunia, ayuh panjatkan doa dengan sesungguh-sungguhnya.
Selain itu, tazkirah tersebut turut menceritakan serba sedikit mengenai Sultan Abdul Hamid II (Jika tidak silap). Pemerintah Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang berada di dalam saat genting. Walaupun melalui tempoh yang getir, Sultan Abdul Hamid II seorang yang tegas membela nasib Islam dan menjaga nama baik nabi junjungan mulia kita Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam. Dengan kekuatan kurang lebih 36 kerajaan dibawah naungan Khilafah Uthamaniyyah, mereka ini siap untuk digerakkan atas nama jihad bagi membela nasib Islam jika berlaku penghinaan dan penganiayaan terhadap umat Islam. Sayangnya kini, kita hanya mampu berdoa agar daulah Islamiyyah ini bakal berulang yang menyatukan umat Islam di bawah satu panji iaitu Kalimah La ilaha illallah...Allahumma Ameen.
Di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita merebut peluang yang ditawarkan kepada kita, malam yang menyamai seribu bulan. Berusahalah meneladani para sahabat Radiyallahu 'Anhum, mereka dengan kedatangan Ramadhan, malam yang meriah dengan nur Al-Quran, mengejar kebaikan atau makrufat dan akhirnya beroleh takbir kemenangan. Di kesempatan ini mari kita renungi lirik nasyid ini, agar memberi motivasi kepada kita untuk terus bermujahadah di dalam bulan yang mulia ini dan diberkati seluruh 11 bulan yang berikutnya.
Ramadhan Dua Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang Mukmin berasa di awal zaman Ramadhan kami malang terbuang Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu Kami gembira dengan pemergianmu Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar ma’rufat Tapi kami lesu diburu nafsu Hati mereka bercahaya digilap taqwa Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan Takbir kami lesu tak bermaya Tanda kalah lemah tak bermaya Puasa sekadar lapar dan dahaga
Puisi Intro ---------- Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa, Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan, Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu, Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu... Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku, Dari sudut hati kami yang paling dalam...
Start ----- Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami, Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya, rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan, Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna, Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas, Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah, Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih, Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku, Nabi Muhammad yang mulia, yang asing, Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum, Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja Dirimu memiliki kelebihan yang diakui Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
عبد الرحمن محمد - لو كان بيننا الحبيب ---------------------------------- يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع في عفو وفي كرم وفي اعتاق وجنة مع سيد البشر ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق
لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب
هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين
يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah
kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan
ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi
sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie. * untuk menuntut keadilan
apabila dizalimi * untuk menghapuskan
kemungkaran * kerana memberi amaran
kepada Muslim tentang kejahatan * kerana mengisytiharkan
kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun
mereka tidak dimintaberbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!!
Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.