Wednesday, November 25, 2009

Mendefinisikan 'Eid Al-Adha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sumber: Wikipedia (Melayu/English)

Apa itu Doa Robithoh?

Ya Allah...Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Sumber: Klik

Aku selalu mendengar doa ini selalu dibacakan samaada selepas solat mahupun di dalam Al-Ma'thurat, akan tetapi aku kurang prihatin akan kelebihan atau rahsia yang tersirat disebalik doa ini.

Aku diingatkan semula oleh sahabatku Razman pada semester 2, 2008/2009 setelah beliau mengajakku melihat trailer cerita Indonesia Sang Murabbi.

Baru ku sedar, lihat saja pada perkataan "Robithoh" itu sendiri boleh dikaitkan sebagai ikatan. Doa ini boleh juga dipanggil sebagai Doa Penyatuan Hati, doa ini kerap dibaca oleh para Mujahid yang hidup dalam suasana jemaah, agar mereka dikuatkan hati untuk bersatu dalam meneruskan agenda dakwah dan dilapangkan hati dari segala kesusahan serta cabaran di atas muka bumi Allah ini.

Memandangkan diri ini agak terlewat untuk merasai suasana dalam hidup berjemaah, diri ini agak terlewat untuk menyedari bahawa Doa Robithoh yang ku baca selama ini dari bacaan Al-Ma'thurat yang diajar dan diamal sejak bangku sekolah itu tersembunyi seribu satu rahsia, disamping ia merupakan doa yang mustajab dari Rasulullah S.A.W.

Terima Kasih sahabatku Razman kerana mengingatkanku tentang doa ini...

Saturday, November 21, 2009

My Favourite Nasyid Team

Inilah salah satu kumpulan nasyid di Malaysia yang aku minati (Mirwana). Kumpulan ni aku kenal sejak mula menjejakkan kakiku ke Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) pada 1999.

Dimana sejak bermula hari orientasi lagi, halwa telinga kami dijamu oleh senior dengan lagu dari album Mirwana-G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S. Antara lagu-lagu yang selalu diputarkan di Bilik Hebahan: Alam persekolahan, Dunia Batu Kaca, Dunia Baru Kita, Layar Kehidupan dan banyak lagi. Nostalgia sungguh...huk2.

Memang lagu-lagu dari Mirwana berjaya menusuk hatiku, memandangkan dari sekolah rendah dah minat nasyid, so bila didedahkan dengan lagu Mirwana ni minat untuk bernasyid meluap-luap. So merasa juga jadi anggota rasmi dan tak rasmi Kumpulan Al-Wahdah (SAMER)..heh.

Memang tak dinafikan, album dari Mirwana ni liriknya memang ada mesej yang baik untuk difahami dan dihayati bersama. Ditambah pula genre atau konsep muzik yang Mirwana tampilkan bersesuaian dengan jiwa anak muda masakini. Diharap Mirwana dapat merakam semula album-album mereka di zaman persekolahan dulu.

Mirwana kini dianggotai: Hafiz, Izzat, Along, Ikram (adik Izzat), Naim & Akmal. Mirwana ni pada pengamatan aku yang kerdil ni, mula famous bila official album mereka bertajuk Album Hikmah kembara, diikuti Aku Tanpa Cintamu (tambahan beberapa lagu Seruan Lima Waktu), dan yang terbaru bakal muncul Bumi Akhir Usia.

Antara lagu dalam album ini:
1) MUHAMMAD S.A.W. 'THE ARRIVAL'
2) ANDAIKU PERGI (RETRO VERSION)
3) BUMI AKHIR USIA Featuring DJ ERWAN & SHAZEE
4) JAUH (RADIO EDIT)
5) BUKTI CINTA Featuring EDRY DEMASCUS
6) KEMBALI PADAMU
7) FANA PESONA
8) ANDAIKU PERGI (ORIGINAL VERSION)
9) TIKA MASANYA Featuring HUJAN
10) CAHAYA KEKASIH
11) ANUGERAH ISTIMEWA
12) JAUH (ORIGINAL VERSION)
13) ANDAIKU PERGI (INSTRUMENTAL)

Mirwana's Facebook
Mirwana Fan Club

Friday, November 20, 2009

Berakhirnya semester yang mencabar

Alhamdulillah, selamat sudah exam untuk semester ni. Tapi tak ku pasti adakah ku benar-benar mampu buat sehabis baik. Harapanku semoga semua yang telah ku pelajari ini dapat ku manfaatkan sesungguhnya demi masa depan ku.

Buat roomate ku Fadli dan Syarif, segulung tahniah ku ucapkan kerana berjaya menamatkan penantian yang ditunggu sekian lama dengan bergelar "Graduan". Selamat menempuh alam pekerjaan. Buat Rizuddin, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha kita untuk semester akhir pada tahun hadapan, semoga kita memperoleh kejayaan yang diidamkan.

Akhir kata dariku, selamat bercuti semester, musim tengkujuh dan banjir ni jangan main hujan ye...hehe.

Friday, November 6, 2009

Adik ku telah melangkah bendul...haha

Salam semua, msti kome pelik ngape teman ckp adik teman dah mlangkah bendul, hakikatnya bkn beliau menikah awl dariku, tp sbnrnye pd 11 October yg lps, bgelar sudah adikku seorg Graduan. Walaupun hanya Diploma dalam Computer Networking di UNIKL, sedikit sbyk cukup membanggakan bonda dan ayahandaku. Kini, adikku telah myambung pngajian ke peringkat Ijazah di UNIKL jgk, ak doakan beliau bjaya dan tabah dlm mnuntut ilmu...Amin!

Bila mlihatkn adikku di Majlis Konvokesyennya di PICC, Putrajaya, hati kecilku merintih, sempatkah aku selaku anak yg sulung membahagiakan ibu bapaku? Ingin sekali mgenggam sgulung Ijazah di hadapan ibu bapaku. Insya'Allah..1 sem yg terakhir akn dtg ni akn ku manfaat sesungguhnya demi melengkapkan ilmu dan pengalamanku sebelum b'khidmat kepada masyarakat di luar sana selaras dengan tuntutan Islam.

Kepada ayah dan bonda, adinda2ku, rakan-rakan, ku berharap doa dari kalian agar diri yg kerdil ini bisa menjadi insan berguna di dunia dan akhirat...Insya' Allah, Amin!

Majlis Konvokesyen ni dah lame, 10 October lepas, just aku tak berkesempatan nak m'update blog disebabkan hambatan waktu dan kerja sbg seorg student.

Alhamdulillah, kini ak brehat sbentar di kampung halaman smentara myambung hari "peperangan" (exam) yg akn diadakan pd 9 November dan sterusnya. Insya' Allah pd 8 November ini akan ku berangkat ke medan perang, akan ku lipat gandakan usahaku agar menepati erti Jihad yg selayaknya.

Ya Allah, permudahkan segala urusanku, lapangkan hatiku, berika kecergasan pd tubuhku, kecerdasan pada mindaku, ktenangan hati, dan dijauhkan dari penyakit syak dan sangka...Amin!


Wednesday, November 4, 2009

Inilah "Kuda" Baru Di Rumahku

Salam, gmbr ni diambil sehari slps exam PMIT yg mcabar...heh. Alhamdulilah, 3 paper dah kutempuhi.

My next paper will be on 9 November, jauh btl gap, so ak mngambil ksmptn sminggu ni utk plg ke kmpg halaman tcinta, btemu ayh bonda di Perak. Hopefully, restu mreka mngiringiku utk meneruskan baki 4 paper utk sem ni.

Mcabar btl sem ni, ak buat julang kalinya mengambil 7 sbjk sekaligus, letih ade, stress pn ade, tp itulah asam garam dlm mnuntut ilmu. So rgnla sdikit sbjk utk sem dpn (t'akhir di UIA).

Okla, spt mane yg tertera di atas nun, "Kuda" br ayh ku, dh lama beliau tringin "kuda" 2, so bjy jgk beliau memperolehinya walaupun hanya Modenas Jaguh 2nd hand je. Ak pn dh try, adela rs cm Awie...haha. Ok, c u in next entry. Wassalam.