Wednesday, November 25, 2009

Apa itu Doa Robithoh?

Ya Allah...Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Sumber: Klik

Aku selalu mendengar doa ini selalu dibacakan samaada selepas solat mahupun di dalam Al-Ma'thurat, akan tetapi aku kurang prihatin akan kelebihan atau rahsia yang tersirat disebalik doa ini.

Aku diingatkan semula oleh sahabatku Razman pada semester 2, 2008/2009 setelah beliau mengajakku melihat trailer cerita Indonesia Sang Murabbi.

Baru ku sedar, lihat saja pada perkataan "Robithoh" itu sendiri boleh dikaitkan sebagai ikatan. Doa ini boleh juga dipanggil sebagai Doa Penyatuan Hati, doa ini kerap dibaca oleh para Mujahid yang hidup dalam suasana jemaah, agar mereka dikuatkan hati untuk bersatu dalam meneruskan agenda dakwah dan dilapangkan hati dari segala kesusahan serta cabaran di atas muka bumi Allah ini.

Memandangkan diri ini agak terlewat untuk merasai suasana dalam hidup berjemaah, diri ini agak terlewat untuk menyedari bahawa Doa Robithoh yang ku baca selama ini dari bacaan Al-Ma'thurat yang diajar dan diamal sejak bangku sekolah itu tersembunyi seribu satu rahsia, disamping ia merupakan doa yang mustajab dari Rasulullah S.A.W.

Terima Kasih sahabatku Razman kerana mengingatkanku tentang doa ini...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.