Sunday, December 20, 2009

Bermulanya semester akhirku di UIAM

Alhamdulillah, dalam sedar atau tidak, semester akhirku telah bermula dan bakal memasuki minggu ke-3. Disebabkan hambatan waktu yang tidak mengizinkan, ditambah pula proses independent study yang baru sahaja selesai, kini tibalah masa untuk aku mengemaskini blog.

Seperti yang diduga, semester ni ku rasakan semester yang paling sunyi, ramai rakan-rakan yang telah graduate. Jadi, kami di Taman Ilmu dan Budi ini tidak boleh tidak mesti meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di atas muka bumi Allah.

Berkebetulan pula dengan Awal Muharam atau sambutan Ma'al Hirah, ku harap kehadiran bulan ini meningkatkan lagi keazaman diri untuk beribadah kepada Allah dan beramal sesama manusia. Semoga diriku mampu melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang diredhai Allah...Amin!

Harapanku juga, semoga dengan kehadiran Awal Muharam, memberikan keazaman kepada diriku untuk menuntut ilmu lebih bersungguh-sungguh, semoga aku berjaya graduate semester ini dengan jayanya...Insya'Allah.

Insya'Allah, selepas melangkah ke alam pekerjaan, dan memantapkan ekonomi diri, jika diberi kekuatan akanku sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selagi termampu, semoga diizinkan Allah untuk sentiasa menuntut ilmu dijalannya kerana Islam itu sendiri menganjurkan umatnya untuk menuntut ilmu tanpa mengira usia dan masa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.