Sunday, February 13, 2011

Akhirnya ku temui jua...

Assalamu'alaikum, sebenarnya bukan niat ku nak mengetengahkan lirik dan lagu ini (Medicine - Tika dan saat ini), akan tetapi lagu ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan diriku dewasa ini (Huhu...sedih), baik dari makna disebalik lagu mahupun masa kanak-kanakku.

Selepas tengok cerekarama TV3 12 Februari 2011 bertajuk "Ampunkan Daku" tadi (syahdu cerita ni), baru ku tau tajuk lagu ni. Rupanya ini lah lagu yang nenek aku selalu cerita padaku hampir setiap kali bertemu. Aku ikut menyanyi lagu tersebut setiap kali lagu ini kedengaran ketika berumur 2 tahun dulu, sampai sekarang beliau ingat pada telatahku.

Mana tidaknya, yang mampu ku sebut buat anak kecil pelat seusiaku hanya "Terkini-kini" mengambil rangkap pertama lagu (walaupun tiada perkataan tersebut dalam lirik), apabila selesai akan ku ucap "Tima Acih" (Ala-ala Alleycats)...Hehe. Baruku sedar alangkah bahagia dan lucunya aku ketika itu. Alhamdulillah...=)

Selain itu, aku cuba seacrh lagu ini di Youtube sambil melihat komen-komen peminat, lagu ini di cipta oleh Azida NS A.K.A Ainol Jamal Zainal, seorang DJ pada lewat 80an. Dan kebetulan namanya sama dengan bapaku Ainul Jamal...hehe. Patutlah bukan main melekat lagu ni menjadi ingatan nenek kepadaku...=)

Medicine - Tika Dan Saat Ini
Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

Ku ulangi pertemuan
Walau hanya ku mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini ku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri..

Lirik Tika Dan Saat Ini - Medicine @ Lirikami
Video Klip @ Youtube

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.