Saturday, March 27, 2010

Siapakah Rakan Kita?

Assalamu'alikum. Alhamdulillah 3 paper lagi yang tinggal untuk aku harungi semester akhir ni, terbayang bagaimanakah kehidupan selepas bergelar graduan, di manakah gelak tawa riang rakan-rakan yang selalu menemani daku sepanjang 6 tahun di Kampus Taman Ilmu dan Budi dan Pusat Matrikulasi.

Menyebut mengenai rakan, atau kawan, atau sahabat dan lain-lain lagi. Semuanya mempunyai maksud yang hampir sama, cuma dibezakan melalui keadaan dan tahap seseorang itu berhubungan antara satu sama lain. Oleh itu, macam-macam ragam yang kita bole lihat dari istilah-istilah yang disebutkan di atas.
Sahabat yang sejati memang susah di cari ganti, jika adapun 1 dalam 10. Kebanyakannya, cuma sahabat yang berkawan sekadar kawan dan terdapat juga sahabat yang berkawan atas dasar TAKE FOR GRANTED.

Jenis yang terakhir ini ku kira paling bahaya, kerana setelah kebaikan dan keburukan kita diketahui, kebaikan kita sering disoroknya, keburukan kita dicanang merata, lebih tepat lagi jenis ini hanya berpura-pura berkawan dengan kita. Perwatakan sebegini banyak terdapat di alam fantasi seperti dalam drama-drama Melayu, mahupun realiti yang kita lalui seharian.

Jadi, kesimpulan yang ingin disimpulkan disini, aku menyeru kepada diri sendiri yang tak terlepas dari salah dan silap, serta pembaca yang budiman, jadi lah sahabat yang sejati, selalu mendoakn rakannya, selalu menasihati rakannya dengan berhikmah, berkongsi saat suka dan duka bersamanya. Jika tidak mampu sekalipun cukuplah berkawan sekadarnya, janganlah mengaibkan kelemahan dan keburukan diri sahabatnya. Insya'Allah, berjumpa lagi pada post yang akan datang, tunggu...Wassalam.

Dunia Yang Sepi
Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.