Wednesday, June 30, 2010

Sampai Bilakah Wajah Suci Ini Akan Terus Dinodai?

Bermulanya tahun 2010 sehingga ke separuh dari usia tahun ini masyarakat Malaysia disajikan dengan berita pembuangan bayi yang kerap dan berleluasa sehingga sebuah tempat jagaan bayi yang tidak diingini dinamakan sebagai Baby Hatch terpaksa ditubuhkan bagi menangani permasalahan ini.

Persoalannya sejauh mana usaha ini dapat menyelesaikan masalah yang membarah dikalangan masyarakat dan umat Islam khususnya? Kaedah ini dilihat hanya membantu menyelamat dan melindungi bayi yang tidak bersalah dibuang dimerata-rata tempat tanpa belas kasihan oleh sang manusia yang rakus dan tak berperikemanusiaan. Akan tetapi, tetap tidak dapat membanteras jenayah pembuangan bayi yang semakin menular saban hari.

Pada hematku, salah satu jalan penyelesaiannya yang harus dititikberatkan adalah seperti mengurangkan aktiviti hiburan, pesta, mahupun konsert yang jelas menghalalkan pergaulan antara golongan pemuda dan pemudi. Sekiranya disekat dan dihapuskan terus juga adalah lebih baik, walaupun dilihat agak drastik dan mustahil untuk dilaksanakan. Biarkan sahaja golongan ini mengatakan mereka tiada kebebasan, kolot, kekampungan dan tiada life (kononnya), bahkan itu sebenarnaya jauh lebih baik daripada berterusan terjadinya pembunuhan terhadap life of thousands babies kelak.

Banyak lagi jalan penyelesaian yang lain boleh dipraktikkan oleh pihak berwajib, akan tetapi aku memilih untuk mengutarakan saranan ini kerana telah menjadi trend di Malaysia, sekiranya terdapat suatu pesta dan konsert hiburan pada masa cuti umum dan lain-lain, disini jugalah sarang perkenalan oleh muda-mudi, tempat pemerdayaan dan macam-macam lagi aktiviti yang buruk, selepas itu tunggu sahajalah bahananya beberapa bulan akan datang, pasti sahaja terdapat wajah suci yang tidak berdosa dibuang.

Kesimpulannya, segala bentuk pergaulan bebas semestinya perlu dikawal dengan menyaring bentuk-bentuk program yang dianjurkan bagi golongan muda, dengan selingan keagamaan bagi memelihara suasana sesuatu program dari terus hanyut ditelan nafsu muda-mudi, bukan untuk melahirkan masyarakat yang tidak tahu bersosial, akan tetapi sebagai langkah pencegahan sebelum berlakunya perkara yang tidak menyihatkan di kalangan masyarakat. Semoga Allah memelihara kita dari terlibat ke dalam gejala sebegini dan memberi hidayah kepada mereka yang telah tersalah langkah untuk kembali ke jalan Allah, sekaligus mengakhiri episod hitam Jahiliyah Moden ini.

Wajah Suci
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.