Sunday, January 24, 2010

Bedah Album Rabbani - Mahabbah

Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu, dua album nasyid telah aku perolehi. Bermula dengan Mirwana (Bumi Akhir Usia) dan semalam Rabbani (Mahabbah) dengan tagline "Kasihanilah, kamu akn dikasihi". Kedua-dua kumpulan ini, sangatlah ku minati, kerana aku membesar dengan lagu mereka, tidak keterlaluan aku katakan semasa industri nasyid Malaysia dilahirkan menerusi Nada Murni.

Melalui album ini, vokal saudara Zulkiflee lebih menyerlah. Jika sebelum ini, vokalnya dikaburi oleh vokal Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, mungkin juga kerana lagu-lagu tersebut sering dinyanyikan Allahyarham. Vokal saudara memang mirip Allahyarham, tapi Ustaz cenderung ke irama timur tengah, manakala Zulkiflee agak universal.

Baiklah, terdapat 8 buah lagu dan diselang-selikan dengan 8 buah kata-kata hikmah. Berikut adalah lagu-lagu yang terdapat dalam album ini dan komen dariku:

1) Mahabbah - Lagu baru yang mengingatkan tentang cinta kepada Ilahi atau Mahabbatullah.

2) Kejora Sinar Zaman - Lagu tribute khas buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.

3) Syahadah - Lagu dari siri Syahadah yang dinyanyikan semula Rabbani melalui vokalisnya saudara Zulkiflee, masih terngiang suara Ustaz yang pernah mendendangkan lagu ini.

4) Nurul Iman - Lagu tema dari siri drama "Nurul Iman", tapi aku kurang arif tentang drama, secara overall memang cita tentang cahaya keimanan.

5) Bicara Hijrah - Lagu mengenai hijrah yang pernah dinyayikan Ustaz, diberi nafas baru oleh saudara Zulkiflee.

6) Ya Man Satufariq - Lagu lama dari Nada Murni, menceritakan tentang perbezaan orang yang mampu membezakan dunia dan akhirat.

7) Tanpa Agama - Lagu lama dari Nada Murni, kemudian dinyayikan semula Hijjaz, dan kini diberi nafas baru oleh Rabbani.

8) Inikah Petanda - Lagu featuring antara Ustaz dan Mawi, menurut sumber lagu ini tak dapat dimasukkan ke album sebelum ini, jadi dimasukkan ke album ini. Bagiku ia umpama bonus, jadi terubat juga untuk mendengar suara Allahyarham.

Kesimpulannya, meskipun Allahyarham Ustaz telah lama meninggalkan kita, tetapi jalan dakwah dan perjuangan yang diterokai beliau benar-benar memberi banyak faedah kepada kita semua. Jadi di atas bahu kita pula mesti dikerahkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dirintis beliau. Alhamdulillah, Rabbani tetap segar dengan mesej dakwah seperti dulu, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Buat Allahyarham Ustaz, semoga Allah merahmati Ustaz di sana dan membalas segala jasa dan pengorbanan Ustaz...Al-Fatihah.

Saturday, January 23, 2010

Pesanan terakhir dari seorang rakan

Pagi ini, seawal jam 10.14 pagi, aku dikejutkan oleh satu panggilan oleh sahabatku Rizudin: "Assalamu'alaikum Zaid, nak bagi tahu ni, Onn (nama gelaran yang ku tahu sejak Matrickulasi UIA dah meninggal dunia?". Tersentak aku dari lamunan, Inalillahi wa inna ilaihi roji'un, benarlah mafhum dari firman Allah bahawasanya apabila tibanya ajal seseorang, tidak akan ditangguhkan walau sedetik dan tidak akan dicepatkan walau sedetik.

Mengimbas kembali saat terakhirku bersama arwah, pada petang jumaat yang lalu, selepas pulang dari KL, aku terus ke Mahallah ku, sebaik sahaja aku meletakkan motorsikalku, aku menegur arwah, mana pergi raga motor beliau, tanpa mendapat jawapan yang sepatutnya, terus aku menambah: "Wah rajin betul upgrade motor". Arwah pun menjawab dengan merendah diri, "Motorsikal lama, jadi banyak la rosaknya". Dan beliau terus berlalu. Setahu aku, motorsikal arwah memang baru dibeli murah, daripada buruk dan tak dipandang orang, beliau mengubah sehingga aku mengagumi motorsikalnya.

Sebelum tibanya waktu Maghrib, aku memutuskan untuk pulang ke rumah kerana jarak rumahku yang di KL ini cuma 15 minit perjalanan. Aku terserempak dengan arwah lagi, aku bagi tahu hasratku nak balik rumah, tapi rutin harianku bakal dilambakkan dengan tugasan dan persediaan peperiksaan pertengahan semester. Arwah asyik sekali memasang raga pada motorsikalnya.

Aku juga bertanya bila arwah akan pulang ke kampung halaman, arwah menjawab Insha Allah pagi ini ataupun petang hari ini, yang pasti sudah semestinya dengan menunggang motorsikal. Aku pun meminta izin untuk pulang kerana hari makin lewat, arwah berpesan agar berhati-hati membawa motorsikal kerana jalan basah dek kehujanan, tapi pada pengamatan ku cuaca di luar masih cerah. Dan selepas memberi salam terakhirku buat arwah, aku pun berlalu pergi.

Timbul rasa penyesalan yang tak terhingga kerana aku tidak menasihatkan perkara yang sama kepada arwah, tidak sempat bersalam dan memeluk tubuhnya buat kali pertama dan terakhir. Mungkin juga arwah begitu teruja melihatkan ku gembira untuk pulang ke rumah. Arwah ku kenali sejak dari matrikulasi UIA, kerana sering mengajak Kamal Hafizi ke Silat Cekak, aku kenali arwah juga kerana beliau rapat dengan Faiz "Apai". Sesuatu yang menarik tentang arwah, mudah mesra bila bersamanya, walaupun baru mengenalinya, sehinggakn nama sebenarnya juga tak ku ketahui. Semester lepas dan semester ini, bilik arwah betul2 bawah bilikku, compartment yang sama lagi, jadi aku sering menjenguk ke bawah jika ternampak kehadirannya. tapi kini arwah sudah tiada lagi, Al-Fatihah ku sedekahkan buat arwah.

Buat si arwah: Baru petang semalam dikau nasihatkan daku aku agar pulang ke rumah dengan berhati-hati kerana jalan basah dek kehujanan, pagi ini kau telah pergi menghadap Ilahi buat selamanya. Wahai kenalanku, nasihat terakhirmu akan ku simpan dalam benak fikiranku, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu dan menempatkanmu bersama orang-orang yang soleh...Amin! Antum sabiqun wa nahnu lahiqun...Insha Allah.

Saturday, January 9, 2010

Islam Hadhari VS 1 Malaysia

Salam sejahtera, entry kali ini agak mengejutkan sedikit, apa sudah jadi dengan aku, hendak melaga-lagakan orang atau telah dipengaruhi dengan konsep-konsep di atas.

Sabar dul
u rakan-rakan, sebenarnya akhir-akhir ni sahabatku meminta bantuan untuk mencari sedikit maklumat mengenai Islam Hadhari dan 1 Malaysia kerana beliau bakal menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 12hb Januari ini. Memandangkan aku juga bakal mencuba nasib yang sama akan datang, tiada salahnya saya menghulurkan bantuan untuk manfaat bersama.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rakyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi
X. Kekuatan pertahanan

Terdapat 4 modul yang dititikberatkan di dalam Islam Hadhari seperti Modul 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari, Modul Bina Insan, Modul Tasawwur Islam, dan Modul Bina Taqwa.

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang dimiliki rakyat Malaysia, dimana ianya terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kaum agar mencapai matlamat 1 bangsa Malaysia yang berjaya.

There are 8 values in order to achieve the goal of 1 Malaysia such as Perserverance, Acceptance, Education, Integrity, Meritocracy, Humility, Loyalty, and Culture of Excellence.

Itu sahajalah sedikit bingkisan yang aku sediakan kali ini, tiada niat langsung hati ini untuk mengupas isu ini dari sudut politik mahupun terpengaruh dengan agenda-agenda tertentu. Apa yang penting, perkara yang aku sentuh kali ini memberi sedikit maklumat kepada kita semua untuk mengetahui sekurang-sekurangnya disebalik slogan mahupun konsep yang diperkenalkan kerajaan.

Kepada sahabatku yang bakal menduduki peperiksaan SPA, selamat berjaya aku doakan, semoga kejayaan selalu mengiringi kalian, doakan juga kejayaan ku disini. Semoga aku juga dapat menyusuli kalian dengan jayanya, Insya'Allah...Amin!

Sunday, December 27, 2009

Adakah makanan syubhah pilihan kita?


Akhir-akhir ini, restoren berkonsepkan kopitiam tubuh melata di pelusuk tanahair kita, umpama cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Walau bagaimanapun, tahukah anda ada sebahagian daripada restoren tersebut status sijil halalnya diragui, apatah lagi hidangan yang disediakan oleh mereka.

Sejujurnya, telah lama saya mendapat khabar tentang keraguan individu tertentu pasal restoren tersebut tetapi disangkal oleh seorang rakan bahawa tiada apa yang hendak diragukan, barangkali dia juga pernah makan disitu, dek kerana tiada sumber untuk membenarkan dakwaan tersebut, ditambah pula saya belum pernah ke restoren tersebut, apatah lagi makan di situ, saya diamkan sahaja.

Hari ini, keraguan saya ada asasnya setelah membaca sumber yang diperoleh dari blog Drs. Khalil Idham Lim "Cina Islam" melalui posting bertajuk (Halalkah makanan di Kopitiam "Old Town White Coffee" & "Pak Hainan"?) hasil nukilan Jefri Mustafa.

Untuk mengekalkan keaslian dan hak cipta penulis asal, saya hanya meletakkan link sahaja ke blog tersebut agar dapat saya praktikkan gaya penulisan ilmiah yang dipelajari sepanjang di Taman Ilmu dan Budi, disamping menjaga hak individu tertentu.

Oleh hal yang sedemikian, saudara dan saudari yang berminat tentang topik ini, boleh sahaja klik link di bawah ini atau membuka secara langsung ke blog YB Khalil Idham Lim. Semoga posting ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya dihindari dari segala macam fitnah dan syubhah di akhir zaman ini, Insya'Allah..Amin!

Kepada tuan punya restoren, jika benar dakwaan tersebut, sila hentikan perniagaan anda, hormati sensitiviti rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia, dan jika dakwaan tersebut tiada asasnya, tunjukkan jalan penyelesaian, kemuka bukti dan hujah anda, agar kita sama-sama dapat perbetulkan keadaan.

Jesteru itu, saudara dan saudari Muslimku yang dikasihi, marilah kita menjaga makanan, pakaian, tempat tinggal dan tempat ibadah kita agar bebas dari segala kemusykilan. Bertukarlah kepada produk-produk Muslim, biar mahal sedikit atau kurang ternama, tapi terjamin halalnya. Semoga dengan mengamalkan produk tersebut tiada lagi penghalang ibadah dan doa kita kepada Allah.

Di dalam Hadith Nabi S.A.W jelas menyatakan bahawasanya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya perkara yang syubhah atau boleh mengundang keraguan. Jadi marilah kita mengutamakan yang halal kerana mencari yang halal itu fardhu ke atas Muslim.

Please Click Here: HALAL kah makanan di Kopitiam "OLD TOWN WHITE COFFEE" & "PAK HAINAN"?

Sunday, December 20, 2009

Bermulanya semester akhirku di UIAM

Alhamdulillah, dalam sedar atau tidak, semester akhirku telah bermula dan bakal memasuki minggu ke-3. Disebabkan hambatan waktu yang tidak mengizinkan, ditambah pula proses independent study yang baru sahaja selesai, kini tibalah masa untuk aku mengemaskini blog.

Seperti yang diduga, semester ni ku rasakan semester yang paling sunyi, ramai rakan-rakan yang telah graduate. Jadi, kami di Taman Ilmu dan Budi ini tidak boleh tidak mesti meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di atas muka bumi Allah.

Berkebetulan pula dengan Awal Muharam atau sambutan Ma'al Hirah, ku harap kehadiran bulan ini meningkatkan lagi keazaman diri untuk beribadah kepada Allah dan beramal sesama manusia. Semoga diriku mampu melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang diredhai Allah...Amin!

Harapanku juga, semoga dengan kehadiran Awal Muharam, memberikan keazaman kepada diriku untuk menuntut ilmu lebih bersungguh-sungguh, semoga aku berjaya graduate semester ini dengan jayanya...Insya'Allah.

Insya'Allah, selepas melangkah ke alam pekerjaan, dan memantapkan ekonomi diri, jika diberi kekuatan akanku sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selagi termampu, semoga diizinkan Allah untuk sentiasa menuntut ilmu dijalannya kerana Islam itu sendiri menganjurkan umatnya untuk menuntut ilmu tanpa mengira usia dan masa.

Thursday, December 3, 2009

Bagaimana daku memperoleh namaku?

Alkisah, suatu masa dahulu, ada seorang insan yang bakal bergelar bapa pulang dari masjid di Qariahnya. Di dalam benak fikirannya terngiang-ngiang cerita seorang sahabat di zaman Rasulullah yang disampaikan seorang ustaz di masjid tersebut:

[Manusia bagai barang tambang. Mereka yang terbaik pada masa Jahiliyah, terbaik pula pada masa Islam. Milikilah dua karakter yang telah ditetapkan oleh seorang sahabat pada masa Jahiliyah, kemudian ditonjolkan pula pada masa Islam. Sahabat tersebut pada masa Jahiliyah dipanggil Zaid Al-Khail dan pada masa Islam dipanggil oleh Rasulullah SAW sebagai Zaid Al-Khair.

Suatu ketika di masa Jahiliyah, Zaid Al-Khail menggembalakan unta-unta milik saudara perempuannya. Jumlahnya kira-kira seratus ekor. Menjelang Maghrib, Zaid yang dibantu dua orang sahayanya menambatkan unta-untanya dekat sebuah tenda yang terbuat dari kulit. Di dalam tenda tinggal seorang tua bernama Muhalhil, ayah Zaid Al-Khail.

Zaid maupun kedua pembantunya tak menyadari kehadiran tamu tak diundang yang sejak tadi mengintai dari balik semak. Malam kian larut, dingin, dan pekat. Zaid Al-Khail dan kedua pembantunya tertidur kelelahan setelah seharian menggembalakan unta. Begitu pun dengan ayah Zaid, Muhalhil. Dalam kegelapan malam, sesosok bayangan berkelebat mendekati tempat unta jantan ditambat. Ia lepaskan tali unta itu, dan menungganginya meninggalkan tenda. Unta-unta lainnya mengikuti unta jantan itu.

Zaid baru menyadari unta-untanya raib ketika bangun tidur di pagi hari. Tanpa pikir panjang ia raih tali kekang kuda dan memacunya mengejar si pencuri. Menjelang tengah hari, Zaid baru menemukan jejak si pencuri. Ia pun makin mempercepat memacu kudanya. Akhirnya Zaid Al-Khail berhasil menemukan si pencuri.

Merasa dirinya terkejar, si pencuri segera turun dari unta jantan yang ditungganginya dan menambatkannya pada sebatang pohon kering. Si pencuri mengeluarkan anak panah dan membidikkan pada Zaid Al-Khail.

"Lepaskan unta jantan itu!" perintah Zaid dari atas punggung kudanya.

"Tidak !" jawab si pencuri. "Aku meninggalkan keluargaku di Hirah (Irak) dalam kondisi kelaparan. Aku telah bersumpah tidak akan kembali kepada mereka sebelum berhasil membawakan mereka makanan atau aku mati karenanya."

"Lepaskan unta jantan itu!" bentak Zaid mengulangi perintahnya. "Jika tidak kamu lepaskan, kubunuh kamu."

"Tidak! Aku tidak akan melepaskan unta itu, apa pun yang terjadi!" tantang si pencuri sambil tetap membidikkan anak panahnya ke arah Zaid Al-Khail.

Zaid Al-Khail berkata, "Kalau begitu, rentangkan tali unta jantan itu. Di situ terdapat tiga simpul. Tunjukkan padaku simpul mana yang harus kupanah."

Si pencuri memenuhi permintaan Zaid dan memintanya untuk memanah simpul yang tengah. Zaid membidikkan anak panah dan melepaskannya tepat mengenai sasaran. Si pencuri penasaran dan menunjuk dua simpul lainnya untuk dipanah. Zaid pun segera melepaskan anak panah dan lagi-lagi tepat mengenai sasaran. Melihat kenyataan itu si pencuri segera memasukkan anak panahnya dan menyerah.

Masih di atas kudanya, Zaid Al-Khail menghampiri si pencuri dan melucuti pedang dan panahnya. "Kamu naik di belakangku!" perintah Zaid kepada si pencuri. Setelah membonceng di belakangnya, Zaid bertanya, "Hukuman apa yang akan aku jatuhkan padamu."

"Tentu hukuman berat," jawab si pencuri.

"Mengapa demikian?" tanya Zaid lagi.

"Karena perbuatanku telah menyusahkanmu. Allah memenangkan kamu dan mengalahkan aku," jawab si pencuri.

Setelah berdialog panjang si pencuri akhirnya menyadari bahwa yang saat ini memboncengkannya itu adalah Zaid Al-Khail bin Muhalhil yang dikenal sebagai penawan yang baik. Dalam perjalanan ke perkemahan, Zaid berkata kepada si pencuri, "Demi Allah, seandainya unta-unta ini milikku sendiri, sungguh akan kuberikan semuanya kepadamu. Tinggallah di kemahku dua atau tiga hari. Tak lama lagi akan terjadi peperangan dimana aku akan memperoleh harta rampasan."

Benar apa yang dikatakan Zaid Al-Khail. Pada hari ketiga ia menyerang Bani Numair dan memperoleh harta rampasan sebanyak seratus ekor unta. Unta rampasan itu diberikan kepada si pencuri. Itulah karakter Zaid Al-Khail pada masa Jahiliyah. Berita tentang kenabian Muhammad SAW dengan agama yang dibawanya sampai ke telinga Zaid Al-Khail. Satu delegasi besar yang terdiri dari pemimpin kaum Thayi', kaumnya Zaid Al-Khail, berangkat ke Yatsrib (Madinah) hendak menemui Rasulullah SAW. Mereka langsung menuju Masjid Nabawi, tempat Rasulullah SAW mengajarkan Islam.

Melihat kedatangan mereka, Nabi SAW menyampaikan pidatonya kepada kaum Muslimin yang ada di Masjid. "Aku lebih baik bagi tuan-tuan dari pada berhala 'Uzza dan sejumlah berhala yang tuan-tuan sembah. Aku lebih baik bagi tuan-tuan daripada unta hitam dan segala yang tuan-tuan sembah selain Allah."

Setelah Rasulullah selesai berpidato, Zaid Al-Khail berdiri di antara jamaah kaum Muslimin dan berkata, "Ya Muhammad, aku bersaksi tidak ada tuhan selain Allah, dan sesungguhnya engkau adalah Rasulullah."

Rasulullah SAW menoleh ke arahnya dan bertanya, "Siapa Anda?"

"Saya Zaid Al-Khail bin Muhalhil," jawabnya.

Rasulullah bersabda, "Anda Zaid Al-Khair bukan Zaid Al-Khail. Segala puji bagi Allah yang membawa Anda kesini dari kampung Anda, dan melunakkan hati Anda menerima Islam."

Sejak itu Zaid Al-Khail dikenal dengan Zaid Al-Khair. Rasulullah SAW membawanya ke rumah beliau didampingi Umar bin Khattab dan beberapa sahabat lainnya. Mereka membentuk majelis halaqah. Pada kesempatan itu, Nabi SAW bersabda, "Belum pernah saya mengenal orang yang memiliki karakter seperti Anda. Hai Zaid! Dalam diri Anda terdapat dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya."

"Apakah itu ya Rasulullah?" tanya Zaid.

Nabi SAW menjawab, "Sabar dan santun."

"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikanku memiliki sifat-sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya," ujar Zaid. Zaid berkata kepada Rasulullah, "Berilah aku tiga ratus penunggang kuda yang cekatan. Saya berjanji akan menyerang negeri Romawi dan mengambil negeri itu dari tangan mereka." Rasulullah SAW mengagumi cita-cita Zaid itu. Beliau berkata, "Alangkah besarnya cita-cita Anda, hai Zaid. Belum ada orang seperti Anda."

Sebelum memenuhi cita-citanya itu, Allah berkehendak lain terhadap Zaid Al-Khair. Selama berada di Madinah, Zaid terkena wabah demam. Tubuhnya panas tinggi. Tak lama kemudian ia menghembuskan nafas terakhir, menghadap Sang Khaliq. Sedikit sekali waktu yang terluang baginya setelah masuk Islam, sehingga tidak ada peluang baginya untuk berbuat dosa. Zaid wafat tak lama setelah menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah SAW.]

Berbekalkan pengajaran dari keluhuran budi Zaidul Khail yang ditukarkan namanya kepada Zaid Al-Khair sesudah Islamnya, telah menambat hati seorang bapa menamakan anaknya dengan nama sahabat tersebut. Lalu, dinamakan anaknya Mohd Zaid Khairi B. Ainul Jamal...heh.

Begitulah keadaannya daku mendapat nama. Semoga berkat dari kisah sahabat tersebut, memotivasikan lagi diriku ini untuk sentiasa mengamalkan kebajikan dan menjauhi kemungkaran, Insya'Allah...Amin!

Maaf sumbernya diambil dari website Indonesia, harap kalian mampu memahaminya.

Sumber: Oase Islam

Wednesday, December 2, 2009

Doa untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal

Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam mengajarkan beberapa doa untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal, di antaranya:

Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada ketika duduk solat tahiyyat akhir, sebelum memberi salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau Hari Jumat sesuai hadith berikut :
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak mampu menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)

Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadith berikut :
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, dia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Daud)

Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadith berikut :
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya dia berusaha menjauh darinya, kerana -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang dia mengira bahawa Dajjal tersebut mukmin kemudian dia mengikutinya kerana faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)

Kelima, menetap di Mekah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadith berikut :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dijejak (dilanda) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Sumber: Atriza (Detik Daily)